[ HOME ] _____________ [ GALERI ] __________ [ AKTIVITI ]___________[ REGISTER ]___________[ BULETIN ]_
_
Page 1 | 2 | BARU | 4 | 5
30 SEPTEMBER 2010
TELUK DANGA: Setelah sekian lama menilai dan meneliti, Pihak SRD MOTORSPORT telah pun merasmikan penganugerahan 'MARSHALL' kepada Saudara Isa Max pada malam itu. Perlantikan itu adalah berdasarkan prestasi dan commitment beliau yang telah diberikan selama 2 tahun kepada kelab. Kami mengucapkan Sekalung Tahniah kepada beliau..

Diantara mereka yang meraikan majlis pada malam itu adalah:
OFFICIAL HAFITZH
MARSHALL APIS PANJANG
AZRINA HARUN
TAJUL HAFIS
ISA MAX
ALEP BETMEN
HANAFI
ANUAR
WAN CUSCO
DIN SRI STULANG & orang rumahnya

Pada malam itu juga kami menyambut kedatangan 2 ahli baru iaitu:
-REG 049 Norsaliza bt. Salim (Pemilik Proton Pesona) dari Setia Indah
-REG 031 Mohd. Nasrul Asrin b. Abu Hassan (Pemilik Proton Iswara) dari Skudai
Selamat Datang diucapkan.. Semoga kedatangan mereka mengundang lagi kemeriahan.. Peace!!

Kami meneruskan dengan perbincangan mengenai aktiviti yang akan datang di sebuah restoran Bandar Baru Uda:
1. Membincangan Sedikit Tentang Gathering Bagi Ulangtahun SRD Motorsport
2. Mengadakan Aktiviti Futsal Pada Bulan Oktober..
3. Menetapkan Perjumpaan Pada 2 Oktober : -
9.00 Malam : Berkumpul Di Shell McD, Jalan Pontian, Skudai
9.30 Malam : Bertolak Ke Rumah Terbuka Hari Raya + Sambutan Hari Lahir Anaknda Mr. Yus 035
10.30 Malam : Berkumpul Di Satu Tempat Yang Sesuai Dan Membuat Perbincangan Tentang Aktiviti Futsal

'Malam tu Tajul membebel'
Tajul kata sama Max 'Marshall takleh berani tahan keta kecuali marshall yang mmg pak p.o.l.i.s.i. Kalau tak salah aku, orang awam cam kita nih, walaupun ada lesen marshall, takleh sukati2 blok jalan. Kalau terjadi kemalangan, kita yang dipersalahkan. Lainlah kalau kuda putih tu... korang langgar pak p.o.l.i.s.i boleh kena charge tak ikut arahan'

So, kalau kita konvoi, sila patuhi peraturan jalanraya. Kalau konvoi ada ahli konvoi terpisah dari kumpulan semasa lampu hijau bertukar, jgn la ada yang pandai2 blok jalan tu semata2 nak kasi konvoi boleh jalan terus...

Memang betul, Marshall tak boleh tahan kereta atau pun block traffic light sesuka hati tapi dalam konteks ini kebanyakan anggota polis faham akan situasi yg semacam ini. Jika kita didalam sesuatu konvoi yang melalui satu simpang, block simpang tu sampai clear konvoi. Polis tak kata salah dan tak kata tak salah, ini atas budi bicara antara Marshall dan pengguna jalanraya yg lain. setelah selesai, angkat tangan ucap terima kasih, jangan belah buat tak tau je ..... berbudi bahasa nescaya orang pun suka.
pengalaman saya je ....... >.<